Labels

Tuesday, September 6, 2011

Isu Raya Eidil Fitri 1432H di Arab Saudi.

Isu tak cukup Puasa Ramadhan 1432H di Arab Saudi.

Ana menerima soalan daripada salah seorang rakan kita yang baru pulang dari menunaikan umrah dan menyambut Eidil Fitri di Makkah yang juga jatuh pada hari Selasa 30hb Ogos 2011, iaitu setelah 29 hari berpuasa Ramadhan.

Telah tersebar di internet bahawa kerajaan Arab Saudi telah tersilap dalam mengumumkan tarikh hari raya dan mengakui kesilapan itu serta bersedia untuk menanggung kaffarah seluruh rakyatnya… seperti link ini, sila lihat: http://www.nextchanel.com/2011/09/saudi-government-admitted-their-mistake.html
JAWAPANNYA:
Menurut Syeikh Abdullah Sulaiman al-Mani’ (anggota Ulama' Besar Arab Saudi); “Bahawa telah sabit 1Syawal itu pada hari Selasa mengikut Syara’ dan falak. Berita yang disebarkan itu adalah tidak benar dan tidak sahih sama sekali bahkan semata-mata menimbulkan kecelaruan.” Syeikh telah membawa enam sebab yang menyokong keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Arab Saudi itu. Wallahu a’lam.

Terjemahan English (elektronik, boleh lah faham maksud topic walaupun tidak tepat): http://www.alriyadh.com/2011/09/04/article664521.html
Huraian Sheikh Dr Qais Mohd aal Mubarak (Anggota Ulama' Besar Arab Saudi): http://www.islamfeqh.com/News/NewsItem.aspx?NewsItemID=4227
Semoga dengan penjelasan ini dapat menghilangkan keraguan umat Islam yang berhari raya di Tanah Haram.
Akhukum,
Abu Anas Madani, 8 Syawwal 1432H.