Labels

Wednesday, November 23, 2011

ISTIQAMAH SELEPAS HAJI


ISTIQAMAH SELEPAS HAJI

Al-Haqir Ila Allah swt,
Abu Fatih Al-Mubaraki Ahmad Husni Abd Rahman
Pembimbing Jemaah Ash-Har Travel,
Makkah Mukarramah, Haji 1432H / 2011M.

TAKRIF ISTIQAMAH
 Kalimah Istiqamah dan arahan untuk beristiqamah terdapat dalam surah Hud ayat 112:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Maka tetaplah (fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan barangsiapa yang bertaubat bersamamu dan tidak melampaui batas sesungguhnya Allah Maha Melihat setiap yang kamu kerjakan.”