Labels

Tuesday, August 13, 2013

Kenali Prof Dr Abdul Fattah Haron bin Ibrahim; Sejarah Menuntut Ilmu & Perjuangan.


Prof Dr Abdul Fattah Haron bin Ibrahim, bekas pensyarah UKM selama lebih 40 tahun.
Beliau dilahirkan pada tahun 1930, di Kampung Gertak Lembu, Salor, Pasir Mas, Kelantan merupakan seorang penuntut ilmu yang tidak mengenal perit dan putus asa sehingga ke kedudukannya hari ini.
Sewaktu belajar di Universiti Al-Azhar, beliau telah menerima pingat dan sijil cemerlang pelajar terbaik seluruh fakulti Al-Azhar “Jaizah Al-Imtiyaz Li Awail Al-Kulliyat”. Dari Presiden Jamal Abdul Nasir pada 14 Disember 1964.
Seorang tokoh yang banyak jasanya dalam membongkar, membenteras, menentang dan membendung ajaran sesat di Malaysia dengan penulisannya dan sebagai penasihat panel akidah JAKIM. Beliau tidak jemu-jemu menangani isu ini sehingga kini.
Beliau sekarang sedang uzur, penglihatannya kabur kerana kencing manis. Sebelum Ramadhan menjalani operation mata mengharapkan matanya pulih kembali untuk menyambung kerja-kerja penyelidikan aqidah yang belum selesai. Mohon doa daripada semua.
Kisah awal hidupnya begitu unik dan menyayat hati, perjuangan kental yang boleh memberi inspirasi,  untuk mengenalinya lebih lanjut sila baca catatan yang ditulisnya sendiri –hafizahullah-.
                                               Baca di sini: Biografi Dr Abdul Fattah Haron 

Ceramah Prof Dr Abdul Fattah di Seminar Berpegang Dengan Al-Quran dan As-Sunnah. 

Pada April 2011, Di Hotel Royal Chulan, KL.





Petikan Gambar di Seminar.





Antara Buku Dr Ab Fattah.




Beberapa Pandangan Dr. Abdul Fatah.






ESQ Menyeleweng - Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim








Perhatian;

Kepada para pembaca yang ada maqalah atau buku Dr. Abdul Fattah atau link artikel beliau sila hubungi kami melalui emel: ainbaa@yahoo.com untuk ditambahkan dalam catatan ini, Jazakumullahu khaira.



Akhukum,

Abu Anas Madani, 6 Syawal 1434H - 13 Ogos 2013M.